Wednesday, August 12, 2009

Kursus Kenegaraan (Sistem Saraan Malaysia) - Biro Tatanegara

hari khamis ni 12/08/09, saya akan pergi berkursus di Melaka sampai 17/08/09. kursus ini adalah sebahagian dari sistem saraan malaysia. dah lulus kursus ni boleh la naik pangkat gamaknye.. ;)

Kursus Kenegaraan (Sistem Saraan Malaysia)
Kursus Kenegaraan adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
Untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan;

Untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;

Untuk memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan awam; dan

Untuk memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan

No comments:

Post a Comment