Sunday, November 24, 2013

Gunung Kinabalu - Training goes on

ha.. ada yg tertanya-tanya ka napa takde entry dah dekat nak 10 hari.. yela dah asyik cerita hal peralatan.. hal training kat frim ka bukit gasing ka taman tasik perdana ka.. xnak la kasi korang yg sudi baca ni boring.. 

23/11/1013 mula outstation kat port dickson.. pagi tadi dah la tak training sbb bawa kereta mama gi servis.. jadi elok sampai tadi.. check in hotel.. cepat2 tukar baju dan terus ke hutan rekreasi tanjung tuan 


nampak muka letih lagi redah jam dekat 2 jam baru sampai sini dari rumah.. tapi demi nak sampai puncak kinabalu kena juga walk untuk bina endurance.. 


ni dah lepas kawasan yg agak curam pendakian.. mula dari pagar tadi terus mendaki 64 meter.. 


tercungap-cungap juga dibuatnya.. bernafas ikut hidung la mulut la.. semua bantai.. mengah siot.. 

dlm perjalanan naik ke tangga tadi tu ada seorang hamba allah tegur.. ok ka? pelan-pelan kayuh katanya.. pastu dia berkongsi la teknik yang sesuai untuk mendaki.. tarik nafas perut kena buncit.. hembus nafas perut kena kempis.. pastu dia teruskan perjalanan


bila selisih lagi dalam perjalanan.. tanya la nama.. cikgu zabrin.. dah 3 kali kot dia berjaya tawan kinabalu.. dari pengamatannya i am on the right track for kinabalu.. 

masa amik gambar dengan dia.. saya baru nak turun dari rumah api.. dia dah selisih dengan saya dah 4 kali kot.. mak oi fit sungguh cikgu ni.. 

kembang kot bila ingat balik dia cakap i'm on the right track.. padahal dalam diri dok kata.. bukit gasing belum ku tawan.. frim pun baru satu pusingan.. taman tasik perdana belum habis dijelajah.. naik ke rumah api tanjung tuan ni pun dok termengah-mengah.. on the right track kot mana pun tak tau.. 


apa pun.. alhamdulillah berjaya juga naik dan turun tanpa cedera.. muka nampak lebih segar bila tamat dari masa mula.. pelik tapi benar kan..

apa pun 24/11/2013 nanti nak cuba lagi..  harap lebih laju dan tak termengah sangat dengan teknik pernafasan yang telah diajar cikgu zabrin.. oh my kinabalu!! 

enjoy some pics below yang saya sempat tangkap.. 










Thursday, November 14, 2013

Gunung Kinabalu - 138 days to go

mak oi 138 hari lagi? cepatnya masa berlalu.. ni pun sebab ada kawan ingatkan.. 

berat baru turun 8kg dari 5/11/13 hari tu.. tu pun ntah berat air je kot.. ada 42kg lagi nak kene turun.. yang tu sah-sah lemak tepu.. sempat ke?? 

dari segi endurance jalan kaki setakat ni boleh dah sejam setengah.. tapi rasanya tak cukup lagi tu sebab di kinabalu nanti banyak memanjat.. rasa kena adjust sikit program training ni.. nak kena lebihkan memanjat tangga pejabat..

tapi nanti ganggu waktu kerja pula.. kena minta izin dari ketua jabatan untuk hilang dalam 3-4 jam sehari.. gamaknya dia nak bagi ke? kena adjust timing supaya tak clash dengan mesyuarat-mesyuarat.. harap bos-bos sokong la niat anak buah kamu ni ya.. 


oh my kinabalu!!!

Saturday, November 9, 2013

Gunung Kinabalu - Obesity

mesti yang dok follow dah baca mengenai persiapanku.. dari peralatan, latihan jasmani dan rohani, juga mental.. boleh dikatakan dah all geared and psyched up for gunung kinabalu.. 

pagi tadi telah bersama sebahagian dari rakan yg akan ke kinabalu berlatih di frim.. dan hasilnya utk seorang yang tersangat obese macam aku ni boleh dikatakan memberansangkan.. cuma kesian la rakan-rakan terpaksa memperlahankan langkah.. i promise to improve guys n gals.. 


training di futurefit sahaja dulu dah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 25 kg tapi mesti korang xnampak sgt kan.. yela masih besar gedabak kot.. so tadi berjalan.. banyak juga kalori terbakar.. kalau seminggu 3/4 kali camni.. insya allah makin cepat la susut berat badan.. 

apa pun futurefit tetap perlu diteruskan utk pengukuhan otot.. permulaan saya ke arah hidup yang lebih sihat pun bermula dari sana.. takkan nak jadi kacang lupakan kulit.. 

terima kasih pada redza jamil dan isterinya kolin jamil (sorry i still forget nama betul u apa) kerana menyediakan platform permulaan.. derang berdua ni belajar sama denganku dulu di maktab rendah sains mara beseri, perlis tahun 1991-1992.. 


ini ikut belakang geng budak perempuan.. yang lelaki dok belakang lagi sbb nak jadi paparazi.. sambil tu nak standby kalau aku tergolek (macam la derang tu kuat sangat nak sambut badan aku kalau jatuh).. hahaha


dua awek ni bergabung pun aku lagi besar kot.. hahaha.. sapa yg kenal tu kenal la.. tapi pada yang tak kenal identiti sebenar semua bakal pendaki.. nama-nama mereka tidak akan didedahkan sehingga masuk bulan januari.. atas permintaan derang juga.. 


tengok betapa fitnya rakan-rakan aku ni.. sambil kernyih.. sambil senyum.. relax jer.. lepas jalan tu siap boleh buat video clip wish aku happy birthday lagi.. 

sori ye menyimpang sikit dari topik obisiti dan senaman tadi.. ok back to the topic.. 

masa dok nak bina kekuatan mental untuk mendaki gunung kinabalu ada terbaca.. memang terus rasa hilang semangat jadinya dan agak kecewa.. 


do not climb if you are suffering from or have a history of.. cer tgk no 9.. obesity.. maknanya kalau dah kurangkan berat badan pun tak boleh cuba daki ke??? atau yang ni..


strongly suggest to refrain from this program kalau severely obese (bmi > 40) dan berat lebih dari 120kg.. 

dalam hati kata kenapa boleh pula terlepas pandang ayat-ayat ni haritu.. kalau.. sebelum aku beli tiket penerbangan ke.. atau sebelum aku confirmkan slot untuk mendaki ke.. atau sebelum aku dah mula beli-beli barang untuk mendaki.. atau sebelum aku mulakan latihan samada bersendirian atau bersama jurulatih futurefit atau bersama rakan-rakan ke.. boleh lagi tarik diri.. frust giler beb sbb telah mula berkorban untuk ke puncak gunung kinabalu.. 

setelah memohon dan mendapat hidayah dari yang maha esa.. dan juga dorongan rakan-rakan.. tetapku akan teruskan latihan dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar berat badankan ku mencapai 120kg atau kurang.. dan meningkatkan endurance.. oh my kinabalu!!! i am not giving up.. because i dont just have will power.. I AM WILL POWER!!!

Gunung Kinabalu - 144 days to go


hari ni baru dapat peluang nak uji stokin yang beli kat explorer outfitter di publika masa birthday hari tu.. kebetulan pula sebelum nak cuba tu hujan.. jadi dah tentu banyak lopak-lopak air.. 


punya la panjang stokin ni sampai ke lutut.. macam stokin bola pun ada.. tapi seingat aku la.. masa main ragbi / hoki / bola dulu.. takde stokin bola yang waterproof.. tak tau la kot sekarang ni ada.. 


so lebih kurang pukul 4.55 petang mula la tracking berjalan kaki menggunakan app mapmywalk kat iphone ni.. 

dari pejabat menghala istana kehakiman.. tengok2 depan dataran tu jalan tutup.. lintas jalan dan ikut siar kaki yang bertentangan pulang ke pejabat.. 

rasanya jalan tak la jauh mana pun.. bila tengok balik app ni baru sedar yang dah jalan 3.24km.. gamaknya berapa langkah ye.. mula2 tu dok kira juga berapa.. dah lebih dari 100 langkah mula la lost count.. tapi tak sampai 10000 rasanya..  

app ni tak dapat kira langkah sebab nak kena beli pedometer.. dan link ke app.. nanti la nak survey kot ada app lain yg boleh kira langkah sekali.. 


ada nampak.. macam mengah jer??? macam letih jer??? nampak begitu tapi badan tak rasa begitu.. mmg tak rasa letih masa jalan tuh.. yela lepas hujan kan.. dah tentu sejuk.. cer jln masa tgh2 rembang lunch time.. silap2 0.24km jer kot.. hahaha

oh ya balik kepada stokin tadi.. setiap lopak air mmg aku redah.. dah kata waterproof kan.. bila balik opis.. mmg lencun kasut siap menitik air.. pegang stokin nak buka.. mmg tak basah.. kaki pun kering ja.. peluh pun tidak.. memang berbaloi rasanya beli.. 

ingat nak tangguh dulu hari tu tapi sebab dah last pair utk saiz tuh.. beli la.. berbelah bagi gak memula.. nak beli ke tak.. nak beli ke tak.. 

stop sini dulu jap.. nak tido.. esok nak kena bangun awal.. gi tracking dengan kekawan kat frim pula.. oh my kinabalu!!! 

Wednesday, November 6, 2013

Gunung Kinabalu - 146 days

semalam 5/11/2013 adalah hari lahirku yang ke 37.. ada KPI telah aku tetapkan untuk setahun yang akan datang.. 

memandangkan KPI adalah outcome based.. adalah lebih baik aku fokus kepada perkara yang within my own control.. 

1. kurangkan berat badan dari 174kg sehingga mencapai 100kg (harus kurang 50kg sebelum bulan april 2014)
2. berhenti merokok 

dengan aktiviti seperti senaman yang high intensity di futurefit dan kekalkan hiking setiap hujung minggu.. ia akan membantu ke arah mencapai KPI.. 

yela hidden agenda memang ada.. cer fikir.. kalau pernafasan sangkut dan badan dengan berat sekarang mana mungkin dapatku tawan gunung kinabalu.. oh my kinabalu!!!


badanku berasap semasa hiking di bukit gasing pada 3/11/2013


nampak kerusi tak? ini namanya duduk atas angin.. 

kandungan makanan untuk hari ni

anggaran beratku 5 minggu dari sekarang

Sunday, November 3, 2013

Gunung Kinabalu - Day 149

managed to go further today.. better breathing method.. unfortunately my knee is not as good.. 




Friday, November 1, 2013

Gunung Kinabalu - Persediaan rohaniah

selain dari membuat persediaan harta benda dan fizikal seseorang.. saya rasa harus juga kita membuat persediaan rohaniah.. 

seorang umat islam adalah wajib menunaikan solat.. maka tidak terkecuali lah tanggungjawab itu semasa mendaki gunung untuk melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t.

sesungguhnya islam itu indah...


 oh my kinabalu!!!











Gunung Kinabalu - 151 hari

countdown dah bermula.. latihan harus ditingkatkan.. berat badan harus dikurangkan.. oh my kinabalu!!!