Thursday, September 16, 2010

1 Malaysia dan Hari Malaysia

16 September 2010 hari ni rakyat Malaysia diberikan cuti umum sempena menyambut tarikh dimana 47 tahun sebelum ini iaitu pada 16 September 1963 negeri Sabah dan Sarawak telah merdeka apabila negeri-negeri ini telah bergabung dengan Malaya dan lahirlah Malaysia. Sekarang ini slogan 1Malaysia sering dilaung-laungkan namun adakah kita sedar bahawa selagi Sabah dan Sarawak tidak menjana transformasi Malaysia akan tetap berbelah bahagi.



Saya pernah mengikut bapa ke Sarawak semasa beliau ditugaskan kesana. Disana saya telah bersekolah dari darjah satu hingga tingkatan 3 di Sekolah Rendah Bantuan St. Joseph dan Sekolah Menengah Bantuan St. Joseph Kuching. 2 tahun kemudiannya selepas tingkatan 5 saya berkesempatan ke Kota Kinabalu pula kerana bapa telah bertukar ke sana. Selama lebih 9 tahun di Sabah dan Sarawak banyak yang telah dilalui ada yang suka ada yang duka.



Namun apa yang ingin saya timbulkan bukanlah cerita bagaimana bersekolah disana tetapi perkara lain yang agak menarik perhatian. Setahu saya hanya di Malaysia sahaja penduduk Semenanjung Malaysia harus menggunakan passport atau kad pengenalan untuk memasuki Sabah dan Sarawak yang juga di dalam Malaysia. Setiap kemasukan pula hanya sah untuk 3 bulan. Tetapi penduduk Sabah dan Sarawak tidak perlu menggunakan passport atau kad pengenalan untuk ke mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia. Mereka juga tidak tertakluk dengan syarat sah pelawat 3 bulan. Adakah ini sejajar dengan konsep 1Malaysia?



Tujuan saya ni bukan untuk menimbulkan perpecahan atau perbalahan, malah saya mempunyai ramai kawan-kawan dari Sabah dan Sarawak, tetapi hanya untuk memberitahu kepada yang tidak tahu. Agar dengan ini transformasi dapat dijanakan ke arah 1Malaysia.