Monday, December 23, 2013

Gunung Kinabalu - Batu Caves Cubaan Pertama

semalam jelajah 3 peaks bukit gasing merupakan milestone dalam latihan.. hari ni kita cuba lokasi baru.. 


ha kalau sapa tak tahu.. ini la batu caves.. umur dah 37 lahir kl.. first time jejak kaki kesini.. kalau nak kira lalu dah beratus kalau tak beribu kali dah kot.. 

lokasi ini menjadi new venture sbb mcm dah nak muak naik turun tangga opis tu.. lagipun situasi tangga kat opis tu tak kondusif sangat.. ada je org hisap rokok disana.. tong ashtray tengah-tengah jalan.. ganggu konsentrasi aje.. 


ini la rupa tangganya.. 272 anak tangga sampai ke atas.. kalau nak banding dengan tangga kat opis tu lebih kurang 13 tingkat la.. dalam kepala ah kacang je camni.. tinggi pejabat pun 38
tingkat.. ini baru 1/3.. 


wah.. tidak seperti yang kusangka.. awat jadi mengah susah nak bernafas plak ni.. 


ini dari tangga teratas.. cantik sebenarnya bila tengok dengan mata kepala..


ingat dah sampai atas tu tak ada apa.. bila tengok sekeliling.. aik ada lagi tangga kat belakang tu.. 


ini lepas tangga naik yang kedua.. ada macam lubang ja kat tengah ni.. padan la udara kat sini ada circulation.. 

memandangkan ini kali pertama ke sini.. org kata kill 2 birds with 1 stone la.. jadi pelancong.. usha la suasana dan keadaan sekeliling.. 

rupanya batu caves ni ada banyak kuil.. yang perasan kat permulaan tangga di bawah ada satu.. naik atas ada 4 lagi kalau tak silap.. nama dan rupa dewa dewi yang dipuja pun lain-lain.. macam mazhab hindu la kot.. 


dari 19 orang bakal pendaki gunung kinabalu.. hanya 5 berkesempatan meluangkan masa berlatih bersama hari ni.. semalam semua training sendiri-sendiri..


buruk betul ekspresi muka masa ni.. bukan sakit bukan penat.. risau salah pijak.. jauh kot nak bergolek turun.. anak tangga kecik-kecik.. hmm.. tapi rasa kalau size orang malaysia biasa memang sesuai kot anak tangga tuh.. aku pakai saiz 13US - 13 1/2US.. tak cukup tapak kasut tu nak jejak anak tangga.. 


masa ni round kedua.. ambik nafas.. monyet pun dah banyak berkeliaran.. kawan-kawan dah habis.. ada kat bawah kita dok kat atas lagi.. 

mula la rasa nak mengelat dan patah balik join kawan-kawan kat bawah tu.. tapi bila mengelat sendiri yang rugi.. jadi teruskan juga la.. 

bila aku dah selesai 2 pusingan.. kami pun pergi makan bersama.. tanya la kawan-kawan camne korang boleh laju sangat.. rupanya mereka sampai atas je terus turun balik.. aku je gatal kaki gi sampai tangga kedua kat dalam tu.. oh my kinabalu!!!

Saturday, December 21, 2013

Gunung Kinabalu - 3 Puncak Gasing

alhamdulillah.. hari ini adalah bersejarah bagi diriku.. dengan berat yang masih melebihi 150kg.. kesemua 3 puncak di bukit gasing telah ku jelajahi.. 



seperti latihan-latihan yang dahulu.. kereta ku tinggalkan di hadapan restoran raju.. dari sini lah aku mula berjalan.. tetapi kali ni bezanya aku nak cuba cabaran baru.. sasaran aku hari ini bukan hanya menara tinjau.. aku berazam untuk menjelajah 3 puncak yang terdapat di trail bukit gasing.. 


kalau berdasarkan peta ni aku ikut perjalanan J-I-H-F-E-B-C.. semasa melalui trail ini.. kekadang terfikir seperti diri ini kurang siuman.. dengan bagpack yang berisi 2 botol air minuman 1.5liter.. dumbell 4 kg.. perlahan-lahan kakiku melangkah.. konon nak simulasi la keadaan sebenar bila mencabar kinabalu nanti.. 


tengok balik carta atas ni.. orang yg selalu ikut trail ni pun bagi rating steep, tough.. memang sah aku ni dah ke arah kurang siuman.. 

secara logikanya pun.. seorang lelaki yg pada mulanya berat lebih 200kg.. umur lak dah 37.. buat apa nak panjat jelajah puncak-puncak di bukit gasing?? lebih gila lagi.. nak naik gunung kinabalu?? 

biar la apa jua yg bermain di kepala.. manusia biasa sentiasa ada "self doubt".. mengingati ayat bahawa allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu tanpa kaum itu sendiri yang mahu berubah.. 

aku andaikan diriku sebagai kaum yang ingin berubah.. bukan senang untuk berubah.. sentiasa ada ujian yang bakal ditempuhi.. 

blog ni pun tak update sejak 24/11 bukan pasal aku dah menyerah kalah.. aku sentiasa berlatih.. cuma aku rasa tiada milestone yang layak diceritakan.. orang lain pun berlatih juga kan.. bukan aku sorang je yg nak cuba naik kinabalu.. oh my kinabalu!!

bawah ini ada la sikit gambar.. tadi banyak ambil video.. dah cuba insert dalam blog terus tapi tak dapat.. tak kena cara kot..