Thursday, October 31, 2013

Gunung Kinabalu - OMG

dah hampir untuk sesi menjelajah bukit gasing minggu ni.. minggu lepas 30 minit dah semput patah balik lagi 30 minit.. harap minggu ni can do better.. dpt gi lagi jauh dan lagi lama.. 

bila tgk prestasi kini.. 30 minit semput camne la nak panjat kinabalu ni.. ada 152 hari lagi sebelum mendaki.. so kalau dpt kurangkan berat 0.5kg sehari dan ketahanan dapat tingkatkan 2 minit sehari.. insya allah hajat ke puncak kinabalu tercapai.. oh my kinabalu!!!

Saturday, October 26, 2013

Gunung Kinabalu - Bukit Gasing pun tak boleh tawan :(

tadi rasmi kasut baru ni naik bukit gasing.. sedap pakai.. grip sangat la bagus.. yela vibram soles kan.. 

apa yang boleh disimpulkan masa di sana ialah kakiku kuat badanku kuat.. sikit pun xrasa sengal.. tapi cara bernafas kena betulkan.. tadi byk bernafas ikut mulut.. semput weh.. ada yg cakap dahaga lagi bernafas begitu.. tapi tak plak dahaga.. 

malang betul.. sikit lagi dah nak sampai kuil di bukit gasing tapi apakan daya.. susah sangat nak bernafas.. terpaksa patah balik.. masa masuk tu tak rasa jauh.. bila balik dalam pala otak mana pintu gerbang ni tak sampai-sampai.. jauh juga masuk rupanya.. takpa minggu depan cuba lagi.. harap cara bernafas dah dapat diperbaiki.. 

seronok juga sebenarnya tadi.. asal berselisih dengan orang.. ada yang memberi salam ada yang ucap good morning.. bersopan santun ramah mesra semuanya.. ada satu uncle ni siap cakap "very good young man.. u do this more often you sure lose 20kg very fast".. very encouraging.. tambah-tambah bab young man lose 20kg.. hahaha

kalau bawa BA nanti boleh tak?? 


oh my kinabalu!!!

Gunung Kinabalu - Perasmian

pukul 645 pagi 26/10/2013, dah tercegat kat pintu gerbang hutan pendidikan bukit gasing tunggu kawan-kawan sampai.. banyak nyamuk ko.. 


so hari ini adalah hari perasmian kasut yang dibeli dan akan di"season"kan untuk pendakian gunung kinabalu.. 

ada orang bagi petua kalau kasut baru.. kene gigit dulu sebelum pakai supaya kasut tu tak gigit kita.. besar kot nak kene buka mulut nak gigit kasut saiz 11.5uk ni.. for fun gigit lidah dia jer la.. hahahah.. 




tapi kali ni belum pakai stokin hiking sealskinz yang waterproof dan breathable  sebab tak beli lagi.. harap-harap tiada masalah la walaupun kaki ada bengkak sikit pagi ni.. oh my kinabalu!!!

Friday, October 25, 2013

Gunung Kinabalu - One Stop

dok sibuk sikit kat pejabat sehari dua ni.. xsempat nak berceloteh..

hari rabu 23/10/2013.. lepas kerja terus pergi ke publika untuk sesi bersenam di Futurefit KL.. nak perkuatkan otot-otot dan kurangkan berat badan untuk memudahkan mendaki.. alhamdulillah semua latihan berjalan lancar..

selepas 20 minit di FutureFit KL teringat ada satu kedai outdoor yg ada di publika.. 


memandangkan ada masa sebelum kedai ni tutup.. pergi la singgah.. survey barang dan harga.. bila dah sampai.. terpesona gitu sambil dlm hati berkata.. "wah banyak betul barang dalam kedai".. dari stokin kalis air ada sehingga la walking stick..

memandangkan dah tau harga.. ingat nanti kena gi lagi untuk beli barang.. tapi claim belum masuk.. oh my kinabalu!!!

Tuesday, October 22, 2013

Gunung Kinabalu - Kawan

Kawan apa erti sayang.. Jika hati tak senang.. 

Biasa dengar?? Dah tentu tu permulaan lagu kawan yang ruhil menyanyi tuh.. Bukan nak cerita pasal lirik.. Ini masih tetap pasal kinabalu.. Cuma nak berterima kasih kepada kawan.. 

Masih ingat coretan pasal yang saya kecewa la, semangat dah hilang la?? Hari-hari pergi sana sini cari kasut hiking tak jumpa saiz.. 

Yang bagusnya kawan.. Semua bagi semangat untuk teruskan usaha.. Selain bantuan mencari dari yang di KL.. Ada yang tolong cari di singapura, di pulau pinang.. Ada yang nak pergi haadyai pun tolong cari.. Ada juga yang kata kalau xjumpa juga nak minta anak perempuan dia yang sedang menuntut di amerika syarikat untuk tolong carikan (ada tokoh jadi pak mertuaku yang baguih ni.. hahahah)

21/10/2013 ada kawan telefon.. Dia jumpa kasut dengan spesifkasi yang saya  inginkan dan ada saiz saya.. Terus bergelora perasaan.. Betul ke? Ada ke? 

Ada dua model tu.. Kejap cuba yang itu kejap cuba yang ini.. Belek kanan belek kiri.. Siap refer laman sesawang pengeluar lagi untuk mengesahkan kasut ini sahih ori.. 

Pendekkan cerita walaupun tak menepati 100% need statement.. Ku kini memiliki sepasang kasut hiking.. 


Terima kasih kawan.. I love all of you.. Oh my Kinabalu!!! 

Monday, October 21, 2013

Gunung Kinabalu - Semangat yang hilang

Bila dah mula hilang semangat.. Susah nak naikkan balik.. Mesti korang kata kecoh betul mamat ni sebab kasut hiking takde je terus macam merajuk xnak naik gunung kinabalu.. 

Bukan nak jadi drama king.. Siapa yang buat kajian atau pernah mendaki sahaja akan faham kenapa perlunya ada kasut hiking tu.. 

Apa pun saya amat bersyukur ada kawan-kawan yang sangat supportive.. I feel alot better today.. Nak sebut sorang2 boleh tapi nanti la.. 

Jangan kecik hati ye kawan-kawan pendaki.. Nanti i buh gambar dan nama you alls yer.. ;) Oh my Kinabalu!!! 

Gunung Kinabalu - Tiada lagi yang harapkan

Semalam sambung lagi usaha persediaan untuk ke sana.. Destinasi adalah Pertama Complex dan Campbell.. 

Ada beratus jenis bag disini.. Deuter, Osprey, Karrimor.. Memandangkan nanti nak berlasak saya lebih tumpukan pada jenama Deuter.. 

Ni la bag kembar siam yang saya cerita semalam.. Ada satu bag besar dan satu bag kecil.. Harga selepas diskaun RM600

Bag marroon ni pula walaupun bukan kembar siam.. Siap dengan compartment untuk bawa air dalam bag.. Cuma bladder (ala-ala straw panjang gitu) kene beli asing.. Harganya pula RM450.. 

Banyak lagi bag dan fungsi-fungsinya saya tanya.. Canggih-cangih spesifikasi.. Tapi dua bag ni menjadi favorite antara semua.. Keputusan akhir nanti akan dibuat tertakluk kepada analisa keperluan dan kemampuan sebenar.. 

Yela kena la fikir.. Perlu ke bag besar camni atau bawa bag kecil yang dah memang ada dirumah? Larat ke nak bawa mendaki.. Badan dah berat lagi nak bawa bag berat.. Jangan sebab terlalu ghairah nak membeli puncak yang dituju sekadar tengok je dari bawah nanti.. 

Selain dari tengok bag.. Saya usha juga kasut hiking kalau-kalau terjumpa kasut dengan spesifikasi yang dihendaki dalam saiz yang betul.. Malangnya, begitu banyak kedai kasut di dua destinasi ini satu pun tiada saiz 13US.. 

Sungguh ku kecewa.. Persediaan ku masih lagi terbantut.. Komponen yang maha penting masih belum ditemui.. Badan berat masih lagi boleh diet untuk kecilkan.. Tapi kaki besar nak kecilkan camne??? Oh my Kinabalu!!!

Sunday, October 20, 2013

Gunung Kinabalu - Jauh tapi dekat walaupun dekat masih jauh lagi

Hari ini 20/10/2013, dah masuk hari ke7 sejak impian bertukar menjadi realiti bakal menjadi pencabar Gunung Kinabalu.. Ingat senarai semalam dah boleh dikira sebagai senarai akhir.. Oh malangnya ramalan asalku benar belaka.. Backpack yang selama ini digunakan untuk angkut segalanya dah menunjukkan tanda-tanda kelunyaiannya.. Aduh ongkos lagi!!! Seperti juga kasut, backpack sekarang pun dah canggih.. Dulu kalau nak cari yang ringan dan waterproof je.. La ni (pelat utagha) ada weatherproof, ada yg siap ada saluran utk minum lagi, ada yg with attach raincoat (bag pun dah pandai pakai raincoat???), ada yg mcm kembar siam (masa beli bercantum dan boleh dipisahkan jadi satu bag besar dan satu bag kecil), ada yg saiz ikut liter(nak angkut air apa ukur pakai liter??), ado yang bertingkek-tingkek.. Macam berkenan bag kembar siam tuh.. Segala baju dan barang sumbat situ.. Jadi masa dari Timpohon nak ke puncak pakai yang kecik.. Bawa yang amat perlu sahaja untuk pendakian.. Cakap memang senang.. Tapi muatkah bag itu? Orang lain bag begitu boleh muatkan pakaian untuk seminggu dua.. Aku ni baju saja dah 5-6XL.. Orang boleh muat 6 helai aku baru muat 2 helai sahaja.. Abis se"luar" dan se"dalam" xbawa ke??? Wajib la bawa juga kan.. Maka dengan itu mulalah siri kedua untuk membengongkan diri membuat kajian backpack mana harus dipilih.. Oh my Kinabalu!!!

Saturday, October 19, 2013

Gunung Kinabalu - Persediaan Peralatan

after much research and surveying.. here are a few things outside of basic necessities for the mount kinabalu climb.. might have additions later on 1. waterproof, breathable hiking shoes with vibram soles for better traction (1/2 or 1 size bigger than your normal shoe size) 2. hiking socks (it is thick thats why ur shoes must be bigger) 3. headgear (cap, ski mask) 4. headlamp 5. winter/all weather jacket 6. hersheys or snickers or mars bar.. no need to buy those expensive protein bars.. 7. anti cramp tablets 8. gloves (yg utk kebun putih2 murah tu and one nice rm12 glove) 9. hiking sandals optional just in case you bought wrong shoes for the descent.. we do not want toe nails yang terkopek.. 10. walking poles optional depends on your leg strength better to have your hand free 11. water bottle or water pouch with attachment that u can just use with your existing backpack 12. rain coat/poncho for urself and backpack

Gunung Kinabalu - Suatu impian bermula menjadi realiti

Beberapa bulan dahulu.. rakan-rakan sepersekolahan di Maktab Rendah Sains Mara Beseri (batch 7 1991-1992)  telah mengajak untuk mendaki Gunung Kinabalu.. Masa tu ingat idea hangat-hangat taik ayam je.. Jadi saya pun bersetuju la..

Tibanya 14/10/2013.. Semua jadi macam kalut tiba-tiba.. Sebabnya Malaysia Airlines dah nak tamat tempoh promosi.. Mula la minta nama penuh dan nombor kad pengenalan masing-masing nak "book" tiket.. Nasib la seorang rakan tu kerja "travel agent".. Dia la yang keluarkan tiket malam tu juga.. Kesian dia 1130 malam baru dapat tutup kedai.. Pergi balik KLIA-Kota Kinabalu RM220 je seorang.. Murah ya amat.. Tarikh pendakian pun ditempah.. 2-3/04/2013 melalui Timpohon Gate..

Saya yang sebelum ni naik turun pejabat guna lif.. Terus gunakan tangga.. 26 tingkat tu naik turun.. Ala-ala bersemangat terus training awal la konon.. Amekaw pada pagi 16/10/2013 selepas Hari Raya AidilAdha terasa sengal-sengal di kaki.. Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS).. Sebab rasa diri ini banyak lagi latihan kene buat.. Dalam sengal tu pun masih cuba naik turun tangga.. Nasib baik la tak tergolek dok.. Masuk 17/10/2013.. Sengal-sengal automatik hilang.. Pelik kan.. Patutnya lagi sakit adala..

Sejak confirm yang saya ni bakal menjadi pendaki..  Beratus laman sesawang berkaitan Gunung Kinabalu saya rujuk.. Kebanyakannya mengenai pengalaman seseorang itu dan persediaan yang dibuat.. Ada juga rakan yang pernah menuju puncak.. Lain orang lain cerita.. Ha bila dah byk sgt input tu mula la kepala ni nak jd bengong..

Nak tau bab mana yg buat jadi bengong? Bab kasut.. Ada yang cakap kene cari kasut hiking sekurang-kurangnya mid cut supaya dapat jaga buku lali.. Ada yang cakap kasut hiking low cut pun cukup.. Ada yg cakap pakai kasut fung kiong (adidas kampung) boleh.. Ada yang lagi ekstrem cakap pakai selipar pun boleh.. Ha sudah.. Nak ikut nasihat mana satu?? Tapi dalam banyak-banyak cadangan dan nasihat tu.. Ada persamaan.. Apa pun yang dipakai nanti ia haruslah ringan, kaki tak basah dan ada grip.. Ha perasan tak apa yang buat saya jd bengong??

Maka saya pergi la survey kat World of Sports/World of Outdoor di eCurve.. Sampai sana tengok ada jenama Teva, Hi-tec, Montrail, dan Salomon.. Jenama tu xkisah la sangat.. Yang penting saya cakap kat brother jurujual tu.. Saya nak tengok kasut yang ringan, waterproof, breathable dan ada Vibram outsoles.. Banyak pasang kasut juga yang dia tunjuk.. Dah agak jumpa yang berkenan baru tanya ada saiz saya tak.. Brother tu cakap kalau kaki saya ni saiz 12US kene pakai satu saiz lagi besar.. Yela nak pakai stokin apa lagi.. Stokin hiking ni bukan macam stokin ke pejabat yang nipis tu.. Cari punya cari tak ada saiz 13US.. Dia bawa la 3 kasut saiz 12US suruh saya test..

Pertama sekali dah frust pattern yang dok ngidam tadi tak ada.. Okla terpaksa la redha dah tau kaki besar gedabak.. Pastu tengok la spesifikasi.. Semua saya nak tadi ada kecuali Vibram.. Aduhai kecewa lagi.. Tapi cuba la juga kan sebab dah tak ada pilihan.. Pastu brother tu cakap memandangkan kasut ni macam ngam fit masa turun dari puncak tu dinasihatkan pakai hiking sandals supaya jari kaki tak rosak apa semua.. Dia pun tunjuk la.. Terkejut tengok.. Sandal lagi mahal dari kasut??? Untuk kasut saja dah nak kene duit ribu-ribu ka?? Dah la yang nak dibeli bukan apa yang kita nak.. Tapi beli sebab tiada pilihan dan terpaksa.. Belum masuk bayaran untuk menuju puncak.. Mula la terdetik di hati.. Susah sangat saya tunggu kat kaki gunung aje la sementara rakan-rakan mendaki camni..

Dengan semangat menuju puncak yang dulu terang benderang.. Sekarang dah mula nak pudar saya pun whatsapp la rakan yang bermastautin di Singapura (laki dia orang temasek.. class kau minah).. Minta tolong dia carikan juga kasut Teva Riva Event yang saya idamkan itu di sana.. Harap-harap jumpa la hendaknya.. Kalau tak jumpa juga??? Last resort kena beli online terus dari Teva dan deliver  ke alamat rakan yang di Singapore atau Brunei.. Kenapa kene delivery ke sana?? Malaysia tak masuk senarai shipping.. Yang peliknya Singapore ada Brunei ada Indonesia ada Vietnam ada Thailand pun ada.. Oh my Kinabalu!!!