Semalam sambung lagi usaha persediaan untuk ke sana.. Destinasi adalah Pertama Complex dan Campbell..
Ada beratus jenis bag disini.. Deuter, Osprey, Karrimor.. Memandangkan nanti nak berlasak saya lebih tumpukan pada jenama Deuter..
Ni la bag kembar siam yang saya cerita semalam.. Ada satu bag besar dan satu bag kecil.. Harga selepas diskaun RM600
Bag marroon ni pula walaupun bukan kembar siam.. Siap dengan compartment untuk bawa air dalam bag.. Cuma bladder (ala-ala straw panjang gitu) kene beli asing.. Harganya pula RM450..
Banyak lagi bag dan fungsi-fungsinya saya tanya.. Canggih-cangih spesifikasi.. Tapi dua bag ni menjadi favorite antara semua.. Keputusan akhir nanti akan dibuat tertakluk kepada analisa keperluan dan kemampuan sebenar..
Yela kena la fikir.. Perlu ke bag besar camni atau bawa bag kecil yang dah memang ada dirumah? Larat ke nak bawa mendaki.. Badan dah berat lagi nak bawa bag berat.. Jangan sebab terlalu ghairah nak membeli puncak yang dituju sekadar tengok je dari bawah nanti..
Selain dari tengok bag.. Saya usha juga kasut hiking kalau-kalau terjumpa kasut dengan spesifikasi yang dihendaki dalam saiz yang betul.. Malangnya, begitu banyak kedai kasut di dua destinasi ini satu pun tiada saiz 13US..
Sungguh ku kecewa.. Persediaan ku masih lagi terbantut.. Komponen yang maha penting masih belum ditemui.. Badan berat masih lagi boleh diet untuk kecilkan.. Tapi kaki besar nak kecilkan camne??? Oh my Kinabalu!!!
No comments:
Post a Comment