Biasa dengar?? Dah tentu tu permulaan lagu kawan yang ruhil menyanyi tuh.. Bukan nak cerita pasal lirik.. Ini masih tetap pasal kinabalu.. Cuma nak berterima kasih kepada kawan..
Masih ingat coretan pasal yang saya kecewa la, semangat dah hilang la?? Hari-hari pergi sana sini cari kasut hiking tak jumpa saiz..
Yang bagusnya kawan.. Semua bagi semangat untuk teruskan usaha.. Selain bantuan mencari dari yang di KL.. Ada yang tolong cari di singapura, di pulau pinang.. Ada yang nak pergi haadyai pun tolong cari.. Ada juga yang kata kalau xjumpa juga nak minta anak perempuan dia yang sedang menuntut di amerika syarikat untuk tolong carikan (ada tokoh jadi pak mertuaku yang baguih ni.. hahahah)
21/10/2013 ada kawan telefon.. Dia jumpa kasut dengan spesifkasi yang saya inginkan dan ada saiz saya.. Terus bergelora perasaan.. Betul ke? Ada ke?
Ada dua model tu.. Kejap cuba yang itu kejap cuba yang ini.. Belek kanan belek kiri.. Siap refer laman sesawang pengeluar lagi untuk mengesahkan kasut ini sahih ori..
Pendekkan cerita walaupun tak menepati 100% need statement.. Ku kini memiliki sepasang kasut hiking..
Terima kasih kawan.. I love all of you.. Oh my Kinabalu!!!
No comments:
Post a Comment