Beberapa bulan dahulu.. rakan-rakan sepersekolahan di Maktab Rendah Sains Mara Beseri (batch 7 1991-1992) telah mengajak untuk mendaki Gunung Kinabalu.. Masa tu ingat idea hangat-hangat taik ayam je.. Jadi saya pun bersetuju la..
Tibanya 14/10/2013.. Semua jadi macam kalut tiba-tiba.. Sebabnya Malaysia Airlines dah nak tamat tempoh promosi.. Mula la minta nama penuh dan nombor kad pengenalan masing-masing nak "book" tiket.. Nasib la seorang rakan tu kerja "travel agent".. Dia la yang keluarkan tiket malam tu juga.. Kesian dia 1130 malam baru dapat tutup kedai.. Pergi balik KLIA-Kota Kinabalu RM220 je seorang.. Murah ya amat.. Tarikh pendakian pun ditempah.. 2-3/04/2013 melalui Timpohon Gate..
Saya yang sebelum ni naik turun pejabat guna lif.. Terus gunakan tangga.. 26 tingkat tu naik turun.. Ala-ala bersemangat terus training awal la konon.. Amekaw pada pagi 16/10/2013 selepas Hari Raya AidilAdha terasa sengal-sengal di kaki.. Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS).. Sebab rasa diri ini banyak lagi latihan kene buat.. Dalam sengal tu pun masih cuba naik turun tangga.. Nasib baik la tak tergolek dok.. Masuk 17/10/2013.. Sengal-sengal automatik hilang.. Pelik kan.. Patutnya lagi sakit adala..
Sejak confirm yang saya ni bakal menjadi pendaki.. Beratus laman sesawang berkaitan Gunung Kinabalu saya rujuk.. Kebanyakannya mengenai pengalaman seseorang itu dan persediaan yang dibuat.. Ada juga rakan yang pernah menuju puncak.. Lain orang lain cerita.. Ha bila dah byk sgt input tu mula la kepala ni nak jd bengong..
Nak tau bab mana yg buat jadi bengong? Bab kasut.. Ada yang cakap kene cari kasut hiking sekurang-kurangnya mid cut supaya dapat jaga buku lali.. Ada yang cakap kasut hiking low cut pun cukup.. Ada yg cakap pakai kasut fung kiong (adidas kampung) boleh.. Ada yang lagi ekstrem cakap pakai selipar pun boleh.. Ha sudah.. Nak ikut nasihat mana satu?? Tapi dalam banyak-banyak cadangan dan nasihat tu.. Ada persamaan.. Apa pun yang dipakai nanti ia haruslah ringan, kaki tak basah dan ada grip.. Ha perasan tak apa yang buat saya jd bengong??
Maka saya pergi la survey kat World of Sports/World of Outdoor di eCurve.. Sampai sana tengok ada jenama Teva, Hi-tec, Montrail, dan Salomon.. Jenama tu xkisah la sangat.. Yang penting saya cakap kat brother jurujual tu.. Saya nak tengok kasut yang ringan, waterproof, breathable dan ada Vibram outsoles.. Banyak pasang kasut juga yang dia tunjuk.. Dah agak jumpa yang berkenan baru tanya ada saiz saya tak.. Brother tu cakap kalau kaki saya ni saiz 12US kene pakai satu saiz lagi besar.. Yela nak pakai stokin apa lagi.. Stokin hiking ni bukan macam stokin ke pejabat yang nipis tu.. Cari punya cari tak ada saiz 13US.. Dia bawa la 3 kasut saiz 12US suruh saya test..
Pertama sekali dah frust pattern yang dok ngidam tadi tak ada.. Okla terpaksa la redha dah tau kaki besar gedabak.. Pastu tengok la spesifikasi.. Semua saya nak tadi ada kecuali Vibram.. Aduhai kecewa lagi.. Tapi cuba la juga kan sebab dah tak ada pilihan.. Pastu brother tu cakap memandangkan kasut ni macam ngam fit masa turun dari puncak tu dinasihatkan pakai hiking sandals supaya jari kaki tak rosak apa semua.. Dia pun tunjuk la.. Terkejut tengok.. Sandal lagi mahal dari kasut??? Untuk kasut saja dah nak kene duit ribu-ribu ka?? Dah la yang nak dibeli bukan apa yang kita nak.. Tapi beli sebab tiada pilihan dan terpaksa.. Belum masuk bayaran untuk menuju puncak.. Mula la terdetik di hati.. Susah sangat saya tunggu kat kaki gunung aje la sementara rakan-rakan mendaki camni..
Dengan semangat menuju puncak yang dulu terang benderang.. Sekarang dah mula nak pudar saya pun whatsapp la rakan yang bermastautin di Singapura (laki dia orang temasek.. class kau minah).. Minta tolong dia carikan juga kasut Teva Riva Event yang saya idamkan itu di sana.. Harap-harap jumpa la hendaknya.. Kalau tak jumpa juga??? Last resort kena beli online terus dari Teva dan deliver ke alamat rakan yang di Singapore atau Brunei.. Kenapa kene delivery ke sana?? Malaysia tak masuk senarai shipping.. Yang peliknya Singapore ada Brunei ada Indonesia ada Vietnam ada Thailand pun ada.. Oh my Kinabalu!!!
salam jiwan.. byk nya nak prepare..mula dok berbelah bagi...takut training x mencukupi..am i capable of climbing to the top...dah la x pernah exercise..cepat semput pulak tu..n cepat nak pitam..how???
ReplyDeletepitam kalu kene suh porter pikul.. hahaha
ReplyDelete