Sunday, October 20, 2013
Gunung Kinabalu - Jauh tapi dekat walaupun dekat masih jauh lagi
Hari ini 20/10/2013, dah masuk hari ke7 sejak impian bertukar menjadi realiti bakal menjadi pencabar Gunung Kinabalu.. Ingat senarai semalam dah boleh dikira sebagai senarai akhir.. Oh malangnya ramalan asalku benar belaka..
Backpack yang selama ini digunakan untuk angkut segalanya dah menunjukkan tanda-tanda kelunyaiannya.. Aduh ongkos lagi!!! Seperti juga kasut, backpack sekarang pun dah canggih.. Dulu kalau nak cari yang ringan dan waterproof je.. La ni (pelat utagha) ada weatherproof, ada yg siap ada saluran utk minum lagi, ada yg with attach raincoat (bag pun dah pandai pakai raincoat???), ada yg mcm kembar siam (masa beli bercantum dan boleh dipisahkan jadi satu bag besar dan satu bag kecil), ada yg saiz ikut liter(nak angkut air apa ukur pakai liter??), ado yang bertingkek-tingkek..
Macam berkenan bag kembar siam tuh.. Segala baju dan barang sumbat situ.. Jadi masa dari Timpohon nak ke puncak pakai yang kecik.. Bawa yang amat perlu sahaja untuk pendakian.. Cakap memang senang.. Tapi muatkah bag itu? Orang lain bag begitu boleh muatkan pakaian untuk seminggu dua.. Aku ni baju saja dah 5-6XL.. Orang boleh muat 6 helai aku baru muat 2 helai sahaja.. Abis se"luar" dan se"dalam" xbawa ke??? Wajib la bawa juga kan..
Maka dengan itu mulalah siri kedua untuk membengongkan diri membuat kajian backpack mana harus dipilih.. Oh my Kinabalu!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment