16 September 2010 hari ni rakyat Malaysia diberikan cuti umum sempena menyambut tarikh dimana 47 tahun sebelum ini iaitu pada 16 September 1963 negeri Sabah dan Sarawak telah merdeka apabila negeri-negeri ini telah bergabung dengan Malaya dan lahirlah Malaysia. Sekarang ini slogan 1Malaysia sering dilaung-laungkan namun adakah kita sedar bahawa selagi Sabah dan Sarawak tidak menjana transformasi Malaysia akan tetap berbelah bahagi.
Saya pernah mengikut bapa ke Sarawak semasa beliau ditugaskan kesana. Disana saya telah bersekolah dari darjah satu hingga tingkatan 3 di Sekolah Rendah Bantuan St. Joseph dan Sekolah Menengah Bantuan St. Joseph Kuching. 2 tahun kemudiannya selepas tingkatan 5 saya berkesempatan ke Kota Kinabalu pula kerana bapa telah bertukar ke sana. Selama lebih 9 tahun di Sabah dan Sarawak banyak yang telah dilalui ada yang suka ada yang duka.
Namun apa yang ingin saya timbulkan bukanlah cerita bagaimana bersekolah disana tetapi perkara lain yang agak menarik perhatian. Setahu saya hanya di Malaysia sahaja penduduk Semenanjung Malaysia harus menggunakan passport atau kad pengenalan untuk memasuki Sabah dan Sarawak yang juga di dalam Malaysia. Setiap kemasukan pula hanya sah untuk 3 bulan. Tetapi penduduk Sabah dan Sarawak tidak perlu menggunakan passport atau kad pengenalan untuk ke mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia. Mereka juga tidak tertakluk dengan syarat sah pelawat 3 bulan. Adakah ini sejajar dengan konsep 1Malaysia?
Tujuan saya ni bukan untuk menimbulkan perpecahan atau perbalahan, malah saya mempunyai ramai kawan-kawan dari Sabah dan Sarawak, tetapi hanya untuk memberitahu kepada yang tidak tahu. Agar dengan ini transformasi dapat dijanakan ke arah 1Malaysia.
Thursday, September 16, 2010
Tuesday, July 13, 2010
adil dan saksama VS adil dan sama rata
Baru-baru ini PM kita telah mengumumkan bahawa semua bakal pelajar lepasan SPM yang mencapai 9A+ akan ditawarkan biasiswa JPA tanpa mengira bangsa. Oleh itu semua bangsa iaitu Cina, India, Melayu dan Bumiputera atau singkatannya CIMB... (macam nama bank jer.. hehehe) akan ditawarkan biasiswa JPA.
Sebagai ahli panel penemuduga pelajar lepasan SPM cemerlang pada tahun 2009 yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, saya rasa tidak wajar kerajaan menawarkan biasiswa itu hanya kerana pelajar itu mendapat 9A+. Pengalaman saya semasa sesi temuduga menunjukkan bahawa walaupun pelajar itu cemerlang dari segi akademik, mereka belum bersedia dari segi pengetahuan yang diluar buku teks. Apabila ditanya, “siapakah DYMM Yang Dipertuan Agong?” “apakah nama ibu negeri?” “apakah nama ibu negara Malaysia?” hampir majoriti jawapan adalah salah. Jawapan yang betul hanya diperolehi apabila soalan ditanya mengenai pelajaran mereka, yang berada di dalam kepala otak mereka adalah isi buku-buku teks, malah mereka boleh jawap sebiji-sebiji ayat macam dalam buku teks itu. Macam mesin fotostat pula kan.
Ada yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke sesuatu negara itu dengan motif yang lain. Antara yang difikirkan ialah apabila dah mendapat segulung ijazah boleh la kerja di negara itu dulu kerana gajinya besar. Bila dah seronok bergaji besar terus tidak pulang ke negara. Berapa ramaikah bekas-bekas pelajar Malaysia yang pernah ditaja ini masih berada di luar negara? Jumlahnya ramai.. kalau tak percaya tengok sajalah iklan tuntutan balik biasiswa/pinjaman di surat khabar. Bagamainakah pelajar-pelajar ini akan menjadi duta kecil kepada negara? Inikah yang dinamakan membina modal insan untuk negara?
Pelajar-pelajar ini juga sebenarnya belum bersedia untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang kononnya adalah pilihan mereka. Ada yang tidak tahu pun mengenai bidang pelajaran yang dipilih kerana borang-borang itu diisi oleh ibu bapa mereka. Ada yang memilih sesuatu bidang itu hanya kerana mereka ingin mengikut kawan-kawan. Ada yang pilih satu bidang itu kerana dirasakan bidang itu tidak banyak saingan untuk mendapat biasiswa ke luar negara. Kaunselor bimbingan kerjaya di sekolah juga seperti melepaskan batok di tangga. Ada yang menasihatkan pelajar memilih undang-undang hanya kerana pelajar itu rajin dan petah bercakap. Selain dari itu pelajar juga tidak faham apakah fungsi kerjaya sesuatu bidang itu. Bayangkanlah apa masa hadapan negara yang ingin mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Soalan yang biasa saya ajukan kepada calon-calon ini ialah “apakah yang anda harapkan apabila dah berkelayakan untuk menjadi seorang jurutera?” dan jawapan membodek yang biasa didengar ialah “kerana saya ingin berkhidmat untuk negara” Bila direnung, hanya dengan mendapat biasiswa JPA dan melanjutkan pelajaran ke luar negara baru boleh berkhidmat untuk negara ke? Kalau tak dapat biasiswa nak jadi apa.. pengkhianat negara?
Jarang-jarang kita menemui seorang calon yang sempurna. Bila dah dapat seorang, latar belakang keluarga pula harus diteliti. Apakah yang membezakan mereka dari mendapat tempat atau tidak? Senarionya begini, anak kepada keluarga yang berpendapatan RM300 sebulan dan perlu menyara 7 anak beranak, bandingkan dengan anak tunggal kepada keluarga yang memiliki empayar perniagaan yang asetnya bernilai berbillion ringgit malah mampu untuk mewujudkan skim biasiswanya sendiri. Pada pendapat anda siapakah yang harus ditawarkan tempat? Adakah adil jika kedua-dua calon itu ditawarkan biasiswa tersebut?
Begitu juga senario kuota bangsa/kaum yang sering dipersoalkan. Peratusan kaum di Malaysia adalah berbeza 50% - Melayu 25% - Cina 10% - India 15% - Bangsa-bangsa lain. Adakah adil jika semua bangsa mendapat jumlah biasiswa yang sama? Bolehkah kuota bangsa itu dipenuhi jika bangsa itu sendiri pun tidak ramai? Kalau tak dipenuhi kuota itu akan dibazirkan begitu sahaja. Salahkah jika diberi kepada bangsa yang lebih ramai mengikut peratusan? Salahkah jika kuota itu dipenuhi dengan tujuan untuk mencapai objektif negara?

Subscribe to:
Posts (Atom)