Sunday, November 3, 2013
Saturday, November 2, 2013
Friday, November 1, 2013
Gunung Kinabalu - Persediaan rohaniah
selain dari membuat persediaan harta benda dan fizikal seseorang.. saya rasa harus juga kita membuat persediaan rohaniah..
seorang umat islam adalah wajib menunaikan solat.. maka tidak terkecuali lah tanggungjawab itu semasa mendaki gunung untuk melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t.
sesungguhnya islam itu indah...
Gunung Kinabalu - 151 hari
countdown dah bermula.. latihan harus ditingkatkan.. berat badan harus dikurangkan.. oh my kinabalu!!!
Thursday, October 31, 2013
Gunung Kinabalu - OMG
dah hampir untuk sesi menjelajah bukit gasing minggu ni.. minggu lepas 30 minit dah semput patah balik lagi 30 minit.. harap minggu ni can do better.. dpt gi lagi jauh dan lagi lama..
bila tgk prestasi kini.. 30 minit semput camne la nak panjat kinabalu ni.. ada 152 hari lagi sebelum mendaki.. so kalau dpt kurangkan berat 0.5kg sehari dan ketahanan dapat tingkatkan 2 minit sehari.. insya allah hajat ke puncak kinabalu tercapai.. oh my kinabalu!!!
Saturday, October 26, 2013
Gunung Kinabalu - Bukit Gasing pun tak boleh tawan :(
tadi rasmi kasut baru ni naik bukit gasing.. sedap pakai.. grip sangat la bagus.. yela vibram soles kan.. apa yang boleh disimpulkan masa di sana ialah kakiku kuat badanku kuat.. sikit pun xrasa sengal.. tapi cara bernafas kena betulkan.. tadi byk bernafas ikut mulut.. semput weh.. ada yg cakap dahaga lagi bernafas begitu.. tapi tak plak dahaga..
malang betul.. sikit lagi dah nak sampai kuil di bukit gasing tapi apakan daya.. susah sangat nak bernafas.. terpaksa patah balik.. masa masuk tu tak rasa jauh.. bila balik dalam pala otak mana pintu gerbang ni tak sampai-sampai.. jauh juga masuk rupanya.. takpa minggu depan cuba lagi.. harap cara bernafas dah dapat diperbaiki..
seronok juga sebenarnya tadi.. asal berselisih dengan orang.. ada yang memberi salam ada yang ucap good morning.. bersopan santun ramah mesra semuanya.. ada satu uncle ni siap cakap "very good young man.. u do this more often you sure lose 20kg very fast".. very encouraging.. tambah-tambah bab young man lose 20kg.. hahaha
kalau bawa BA nanti boleh tak??
oh my kinabalu!!!
Gunung Kinabalu - Perasmian
pukul 645 pagi 26/10/2013, dah tercegat kat pintu gerbang hutan pendidikan bukit gasing tunggu kawan-kawan sampai.. banyak nyamuk ko..
so hari ini adalah hari perasmian kasut yang dibeli dan akan di"season"kan untuk pendakian gunung kinabalu..
ada orang bagi petua kalau kasut baru.. kene gigit dulu sebelum pakai supaya kasut tu tak gigit kita.. besar kot nak kene buka mulut nak gigit kasut saiz 11.5uk ni.. for fun gigit lidah dia jer la.. hahahah..
tapi kali ni belum pakai stokin hiking sealskinz yang waterproof dan breathable sebab tak beli lagi.. harap-harap tiada masalah la walaupun kaki ada bengkak sikit pagi ni.. oh my kinabalu!!!
Friday, October 25, 2013
Gunung Kinabalu - One Stop
dok sibuk sikit kat pejabat sehari dua ni.. xsempat nak berceloteh..
hari rabu 23/10/2013.. lepas kerja terus pergi ke publika untuk sesi bersenam di Futurefit KL.. nak perkuatkan otot-otot dan kurangkan berat badan untuk memudahkan mendaki.. alhamdulillah semua latihan berjalan lancar..
selepas 20 minit di FutureFit KL teringat ada satu kedai outdoor yg ada di publika..
memandangkan ada masa sebelum kedai ni tutup.. pergi la singgah.. survey barang dan harga.. bila dah sampai.. terpesona gitu sambil dlm hati berkata.. "wah banyak betul barang dalam kedai".. dari stokin kalis air ada sehingga la walking stick..
memandangkan dah tau harga.. ingat nanti kena gi lagi untuk beli barang.. tapi claim belum masuk.. oh my kinabalu!!!
Tuesday, October 22, 2013
Gunung Kinabalu - Kawan
Kawan apa erti sayang.. Jika hati tak senang..
Biasa dengar?? Dah tentu tu permulaan lagu kawan yang ruhil menyanyi tuh.. Bukan nak cerita pasal lirik.. Ini masih tetap pasal kinabalu.. Cuma nak berterima kasih kepada kawan..
Masih ingat coretan pasal yang saya kecewa la, semangat dah hilang la?? Hari-hari pergi sana sini cari kasut hiking tak jumpa saiz..
Yang bagusnya kawan.. Semua bagi semangat untuk teruskan usaha.. Selain bantuan mencari dari yang di KL.. Ada yang tolong cari di singapura, di pulau pinang.. Ada yang nak pergi haadyai pun tolong cari.. Ada juga yang kata kalau xjumpa juga nak minta anak perempuan dia yang sedang menuntut di amerika syarikat untuk tolong carikan (ada tokoh jadi pak mertuaku yang baguih ni.. hahahah)
21/10/2013 ada kawan telefon.. Dia jumpa kasut dengan spesifkasi yang saya inginkan dan ada saiz saya.. Terus bergelora perasaan.. Betul ke? Ada ke?
Ada dua model tu.. Kejap cuba yang itu kejap cuba yang ini.. Belek kanan belek kiri.. Siap refer laman sesawang pengeluar lagi untuk mengesahkan kasut ini sahih ori..
Pendekkan cerita walaupun tak menepati 100% need statement.. Ku kini memiliki sepasang kasut hiking..
Terima kasih kawan.. I love all of you.. Oh my Kinabalu!!!
Monday, October 21, 2013
Gunung Kinabalu - Semangat yang hilang
Bila dah mula hilang semangat.. Susah nak naikkan balik.. Mesti korang kata kecoh betul mamat ni sebab kasut hiking takde je terus macam merajuk xnak naik gunung kinabalu..
Bukan nak jadi drama king.. Siapa yang buat kajian atau pernah mendaki sahaja akan faham kenapa perlunya ada kasut hiking tu..
Apa pun saya amat bersyukur ada kawan-kawan yang sangat supportive.. I feel alot better today.. Nak sebut sorang2 boleh tapi nanti la..
Jangan kecik hati ye kawan-kawan pendaki.. Nanti i buh gambar dan nama you alls yer.. ;) Oh my Kinabalu!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
























