Saturday, November 9, 2013

Gunung Kinabalu - Obesity

mesti yang dok follow dah baca mengenai persiapanku.. dari peralatan, latihan jasmani dan rohani, juga mental.. boleh dikatakan dah all geared and psyched up for gunung kinabalu.. 

pagi tadi telah bersama sebahagian dari rakan yg akan ke kinabalu berlatih di frim.. dan hasilnya utk seorang yang tersangat obese macam aku ni boleh dikatakan memberansangkan.. cuma kesian la rakan-rakan terpaksa memperlahankan langkah.. i promise to improve guys n gals.. 


training di futurefit sahaja dulu dah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 25 kg tapi mesti korang xnampak sgt kan.. yela masih besar gedabak kot.. so tadi berjalan.. banyak juga kalori terbakar.. kalau seminggu 3/4 kali camni.. insya allah makin cepat la susut berat badan.. 

apa pun futurefit tetap perlu diteruskan utk pengukuhan otot.. permulaan saya ke arah hidup yang lebih sihat pun bermula dari sana.. takkan nak jadi kacang lupakan kulit.. 

terima kasih pada redza jamil dan isterinya kolin jamil (sorry i still forget nama betul u apa) kerana menyediakan platform permulaan.. derang berdua ni belajar sama denganku dulu di maktab rendah sains mara beseri, perlis tahun 1991-1992.. 


ini ikut belakang geng budak perempuan.. yang lelaki dok belakang lagi sbb nak jadi paparazi.. sambil tu nak standby kalau aku tergolek (macam la derang tu kuat sangat nak sambut badan aku kalau jatuh).. hahaha


dua awek ni bergabung pun aku lagi besar kot.. hahaha.. sapa yg kenal tu kenal la.. tapi pada yang tak kenal identiti sebenar semua bakal pendaki.. nama-nama mereka tidak akan didedahkan sehingga masuk bulan januari.. atas permintaan derang juga.. 


tengok betapa fitnya rakan-rakan aku ni.. sambil kernyih.. sambil senyum.. relax jer.. lepas jalan tu siap boleh buat video clip wish aku happy birthday lagi.. 

sori ye menyimpang sikit dari topik obisiti dan senaman tadi.. ok back to the topic.. 

masa dok nak bina kekuatan mental untuk mendaki gunung kinabalu ada terbaca.. memang terus rasa hilang semangat jadinya dan agak kecewa.. 


do not climb if you are suffering from or have a history of.. cer tgk no 9.. obesity.. maknanya kalau dah kurangkan berat badan pun tak boleh cuba daki ke??? atau yang ni..


strongly suggest to refrain from this program kalau severely obese (bmi > 40) dan berat lebih dari 120kg.. 

dalam hati kata kenapa boleh pula terlepas pandang ayat-ayat ni haritu.. kalau.. sebelum aku beli tiket penerbangan ke.. atau sebelum aku confirmkan slot untuk mendaki ke.. atau sebelum aku dah mula beli-beli barang untuk mendaki.. atau sebelum aku mulakan latihan samada bersendirian atau bersama jurulatih futurefit atau bersama rakan-rakan ke.. boleh lagi tarik diri.. frust giler beb sbb telah mula berkorban untuk ke puncak gunung kinabalu.. 

setelah memohon dan mendapat hidayah dari yang maha esa.. dan juga dorongan rakan-rakan.. tetapku akan teruskan latihan dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar berat badankan ku mencapai 120kg atau kurang.. dan meningkatkan endurance.. oh my kinabalu!!! i am not giving up.. because i dont just have will power.. I AM WILL POWER!!!

No comments:

Post a Comment